ProTaz

Bismillahirrahmanirrahim.. Dah dekat sebulan lebih cuti bermula 7 mei lps.. rasanya macam dah tak tau nak buat apa.. asyik tidur, makan, tidur, makan.. takut nanti culture shock pulak bila ward round kul 7 am.. macam-macam kerja dicari, tapi, entahlah, takde rezeki.. bukanlah nak duit sangat, sekadar mengisi masa yg terlalu lapang ni.. 2 kali interview, seronok gak sbb dpt experience.. 1st time, interview clerk; company yg dptkn permit utk pekerja asing.. boss nak org ada pengalaman.. tp, ana bersyukur gak tak dapat, sbb kalaulah pekerja asing tu wat benda2 tak elok, maka ada pula sumbangan ana kat situ.. taknak la, dahle pahala yang ada pun tak sebanyak mana.. 2nd time mintak jadi cashier kat carrefour, tp dia pesan, kalu dapat, gi keje kena make-up.. huhu.. tak reti la eden.. anyway, don’t worry coz He knows what best for us.. ana x dapat keje cashier tu, even rasanya masa buat test dapat 100%.. maklumlah test math.. :) kalu x, sia-sia cikgu zulhakim ngn cikgu mahzan ajar math + addmath.. x dapat jd clerk@cashier, dpt offer yg lebih menarik.. jd ustazah.. ganti cikgu bersalin… seronok rasanya.. sbb memang teringin nak jadi cikgu.. nak test tahap kesabaran, n ketokohan jd cikgu.. hehe.. first step, to be a PROTAZ.. :)

14 june.. my first day being a teacher.. cikgu sekolah agama kangkar tebrau.. ngajar darjah 1 ngan 5.. jd class teacher, kena ngajar semua subjek.. tauhid, ibadat, al-quran, tafsir, sirah, tajwid, allughatul arabiyyah.. ana pun sekolah agama johor sampai darjah 4 jer, sbb form 1 dah masuk asrama.. tp kali ni kena ngajar darjah 5.. masa ta’aruf, ana bagitau je depa, ana ni takde ketokohan seorang cikgu, bukan ape, ana taknak depa banding2kan ana dengan ustazah depa sebelum ni… lagipun, secara tak langsung, bgtau, ilmu ana ni tak banyak.. :) before masuk kelas, i’ve to write in buku persediaan mengajar.. everything in ’jawi’… yg segan tu, tulisan ustazah yang ana gantikan, uk alahai.. cantik.. nak tak nak, kena control la tulisan jawi ana, takmo mencacatcelakan buku ustazah tu.. cantikla gak tulisan ana.. hehe.. puji diri sendiri plak, poyos!!.. kelas darjah 1, comel2 belaka budak-budaknya.. maklumlah, semua masih suci.. tp, nakalnya, argghhh.. only He knows.. uncontrollable.. 1 hour being with them, rasa dah surrender.. kelas bising, budak-budak jalan ke sana sini.. pegi tandas je, sekali pegi dekat 10 orang.. ‘cikgu, cikgu, nak minum air…’.. ‘cikgu, cikgu, nak buang sampah’… ‘cikgu, cikgu, ada orang makan’… ingatkan makan nasi ayam ke, nasi minyak ke, rupanya gula-gula je.. alahai… pening nak melayan karenah 30 org murid kesayanganku.. target subjek yg ana nak ajar, semua tak tersampai matlamatnya.. nak kata ana curi tulang, tak pula rasanya.. tak tahu mana silapnya.. ajar depa niat solat… tulih kat papan, niat solat subuh.. bila suh depa baca, sokmo ”usalli fardhal maghribi salasa raka’atin…..” solat maghrib je.. mana taknye, ni la kesan menghafal, bukan faham.. agaknya tiap kali budak2 ni semayang, semua niat maghrib je.. start kelas darjah 1, kul 2-3.30.. then 3.30-6.30, darjah 5 pulak.. yg darjah 5 ni, dengar kata la sket, tp depa buat kita ni macam kawan-kawan depa je.. duk main2.. suh jadi imam solat asar, depa kata depa tak sunat lagi.. uiks, konpius eden.. ada tu, dengan muka innocent kata tak sunat lagi, entahla, ana pun taktau antara percaya dgn tidak.. ada pengawas dalam kelas pun, kelas jadi haru-biru.. hari ke-empat mengajar, suara pn dah mula jadi ala-ala rani mukherje.. dah serak2 basah dah ni.. menjerit je dalam kelas.. tambahan pulak, minggu ni kena tugasan jaga budak2 beratur.. asyik menjerit je la.. entahla ek.. perlu ke menjerit2 jadi cikgu ni? kalau tak jerit, budak2 memang pijak kepala kita ke?? pening222…. balik rumah, cite ngan ibu, ibu tak bagi jerit2.. so, eden pun nekad.. jadilah cikgu yang baik.. :) esok, dan hari2 seterusnya, ana tak dah jerit2 lagi.. berdiri je sebelah budak2 yang bising tu, then depa nampak kite, depa pun senyap.. segan agaknya.. tp.. ok ar… rasanya tindakan yang terbaik untuk tak jadi garang selepas beberapa hari garang.. seems that budak2 tu ada la rasa gerun and hormat sket kat kite, right??

“Wealth and children are the adornment of the life of this world. But the good righteous deeds that last, are better with your Lord for rewards and better in respect of hope” (al-Kahfi:46)

Leave a Reply