Archive for June, 2005

kepadaNya kita kembali..

Wednesday, June 22nd, 2005

Bismillahirrahmanirrahim..
"Sesungguhnya setiap yang berjiwa itu akan mati"
.. skrg masuk hari keempat minggu ketiga dlm surgical posting… hari ni ada lagi sorang patient pergi.. 60+, getlemen came complaining of epigastric pain.. and progressively jaundice in the ward.. CT scan showed dilated duct, suspected Ca.. several investigation done, including planned for ercp, but his condition worsen.. about 10 days post admission baru ercp done, and day 1 post-ercp dia pergi menemuiNya… cause of death.. septicemia..
.. doctor is an honourable job.. if we do it with honour.. He gaves us this opportunity to become a good doctor.. ramai orang nak jadi doktor, tp.. tak semuanya dapat.. bila dah dpt, ada antara kita yang mensia-siakannya.. remember.. mereka mengharapkan kita.. kita buat yang terbaik, and the rest is in His Hand.. tawakkal, mohon petunjukNya dlm setiap perbuatan, pekerjaan kita.. the most important thing.. perbetulkanlah niat… kalau kita ikhlas tolong orang, Allah akan beri jalan pada kita.. kalau kita permudahkan hal sesama insan, Allah akan permudahkan jalan kita ke syurga..
 ya Allah, kurniakan kami kekuatan, ilmu yang mencukupi, Engkau takdirkan kami untuk berada di atas jalan ini, maka permudahkanlah ya Allah.. sesungguhnya hanya Engkau yang berhak menentukan segalanya.. jangan biarkan kami seorang diri.. hamba ini perlukanMu, ya Allah.. ampuni kami, ampuni dosa kami, dosa kedua orang tua kami, lecturer2 kami, sahabat2 kami.. tetapkan hati kami dlm agamaMu, hidup matikan kami dlm keredhaaanMU…. ameen ya Rabbal ‘Alamin

Ku serah segala ketentuan..

Friday, June 3rd, 2005

Bismillahirrahmanirrahim

"Hai manusia.. sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan.. Sesungguhnya orang-orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa.. Allah Maha Mengetahui lagi Amat Mengetahui" (Q 49:13)

… esok seorang lagi my fren walimah.. Alhamdulillah.. syukur, ramai yang membina masjid, dan insyaAllah bakal meramaikan ummah… mm, sedih tu memangla sedih kan.. umur semakin meningkat, tp title belum berubah.. :)) whatever it is, life must goes on… bak kata sorang doktor tu, whatever your choice, you have to make your life happy.. if you choose to be single, then you must be happy being single, but once you choose to be double, then, you have to make double is not trouble.. :)) and yang paling penting, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, rite.. bila Dia kata belum, maka belum la.. kalau Dia kata dah tiba masanya, tiba la… then you have no choice to postpone.  buat kawan-kawan yang dah mendirikan rumahtangga, then u r now dalam alam baru.. jadilah isteri/suami yang beriman dan bertanggungjawab.. "Marriage and family formation are full of responsibilities and are subjected to specific regulations - Professor Abdel Rahim Omran".. buat teman yang masih bersendiri, jangan sedih, jangan muram.. sbb apa yang berlaku pada diri kita, adalah ketentuan dan ketetapan Allah.. only He knows what is best for us.. yakinlah yer.. hikmahnya tetap ada… kuatkan iman, kembalikan segalanya pada Allah…

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini

Puteriku Sayang

Friday, June 3rd, 2005

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau
sayap kiri pada suami yang sejati

Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

Buatmu sahabat

Thursday, June 2nd, 2005

Buatmu Sahabat

Andai kau ketahui persahabatan Rasulullah,
kau pasti menghampiriku
Andai kau ketahui perjuangan Rasulullah,
kau pasti berjuang bersamaku
Andai kau tahu pengorbanan Rasulullah,
kau pasti terus berkorban
Jiwa raga, harta dan apa sahaja
Demi Islam Tercinta bersatu denganku

Sahabat
Ketahuilah olehmu,
Persahabatan, perjuangan dan pengorbanan Rasulullah
Semata-mata kerana Allah..
Juga semata-mata kerana
Agama, Bangsa dan Ummah

Sahabat
Ketahuilah olehmu
Penderitaan, kesengsaraan dan kepahitan Rasulullah..
Silih berganti untuk menegakkan agama ini
Ketahuilah olehmu
Kesabaran, Kesyukuran dan Ketenangan Rasulullah
Memadam api Penderitaan, Kesengsaraan dan Kepahitan
Lalu wujud dunia Islam yang unggul padu dan disegani
Walau hebat sekalipun persahabatan antara kita,
Tidak akan sama sekali dengan persahabatan Rasulullah

Marilah Sahabatku
Kita bina semula tugu persahabatan
Kita ikat semula tiang-tiang perjuangan
Kita tabur semula butir-butir pengorbanan
Tiada yang lebih mudah sahabatku
Tiada yang lebih indah sahabatku…
Melainkan mengikat tali persahabatan demi keranaNya..

"Orang Mu’min adalah ibarat cermin bagi Mu’min yang lain.
Mereka bersaudara di antara satu sama lain.
Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" [Riwayat Abu Daud]

Demi masa

Thursday, June 2nd, 2005

Bismillahirrahmanirrahim

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.. kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan kepada kebenaran.. dan berpesan-pesan kepada kesabaran… "

terlalu banyak masa yang berlalu.. terlalu lama menjadi orang yang rugi…. cuti yang hampir dua bulan ni, langsung tak dimanfaatkan sebaiknya… astaghfirullah.. tup..tup dah nak naik final year.. tak sampai 4 hari pun lagi… apa persediaannya?? first posting final year ni, sama dengan masa third year dulu.. surgery.. surgery; posting yang paling best.. tp.. ‘kawan’ kata.. kena jadikan semua posting tu best.. tak boleh diskriminasi.. :)) agaknya, sbb minat jadi surgeon.. sbb tu la interested bila posted to surgical.. mr.hamid dah takde kat HTAA.. ada amanah yang perlu dilaksanakan… pusat khidmat ibadah hospital.. ada sesuatu yg perlu disumbangkan… usahanya perlu diteruskan.. semoga Allah kurniakan kekuatan dalam diriku dan ’sahabatku’..

Siapa kata kita tidak boleh…

Wednesday, June 1st, 2005

Bismillahirrahmanirrahim…

Sabtu lepas.. bawa adik-adik bercuti di kl.. dah lama teringin nak bawa adik-adik ke kl.. tp, apa yang ada kat kl?? entahla.. tp, sbb budak-budak yg masih bersekolah, tentunya banyak yang boleh diceritakan kalau dah sampai kl tu.. impian nak bawa adik-adik, tp selalunya tak berkesempatan.. maklum sajalah.. cuti kami ni pelik, lain dr yg lain.. so, dah kebetulan adik-adik dah mula cuti.. akhirnya dptlah impian dijadikan realiti.. walaupun terpaksa batalkan semua rancangan yang sedia ada.. nak p kenduri kawin kawan, nak buat gathering sekolah, nak jumpa adik2 ppim, nak hantar report etc… mmm.. kat kl, duduk rumah pakcik.. sewa kete uia.. second time bawak kete manual, terpaksa try juga.. sbb kalau tak cuba, sampai bila nak pandai.. walaupun ada ‘kawan’ kata, org perempuan cuma bole bawa kete kalau ada lane khas utk perempuan, tp terpaksa dicekalkan semangat… :)) alhamdulillah.. sampalah juga ke klcc, putrajaya, one utama n sunway lagoon…. adik-adik sibuk nak mandi, mula-mula p putrajaya tu ada tmn wetland.. i thought tmn tema air.. tp, rupanya tempat org memancing.. uiks… rugi masa betul… udahle sesat.. nasib baik dlm kete.. itu yg esoknya bawa p SL.. biarlah diorg nak mandi.. kat jb dh takde tempat mandi kot.. :)) masuk tu kalau taknak mandi pun kena bayar.. so, semua skali ada la dekat 100 jugak.. tupun amik waterpark je.. dh masuk tu, pesan kat adik-adik, main semua yang ada.. kalau tak rugi je.. mula2 nak p SL tu takut juga kena pakai swimming suit ke, tp.. teringat cerita ‘jutawan fakir’.. kan ke waheeda pakai proper je masuk SL.. so, okeyla.. siapa kata kita tidak boleh?? Islam tetap Islam.. walau di mana kita berada Islam perlu kita perjuangkan…